Tuesday, 8 April 2014

Bukti Hubungan Malaysia Dengan Israel?




Pada Hari Isnin 7hb APRIL 2014 kelihatan bendera Negara HARAM
Israel berkibar megah di sebuah pusat peranginan di negeri Sabah. Difahamkan 
terdapat satu aktiviti seakan seminar ataupun kursus telah diadakan
di situ. Ianya disertai oleh beberapa negara asing termasuk negara HARAM Israel. Nampak gayanya rakyat MALAYSIA seperti Pemimpin PKR antaranya
Tian Chua dan Nurul Izzah dilarang 
memasuki Sabah tetapi kalau rakyat negara haram
Israel......no problem'  (Sila baca petikan sabahdaily.com di bawah)




....Sistem Komunikasi Polis Di Raja Malaysia telah di'upgrade'kan oleh dua orang yang
dipercayai rakyat Negara HARAM Israel...





PETIKAN 'SABAHDAILY.COM'  Friday, May 31, 2013


Pemimpin PR Dilarang Masuk Sabah?



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.


Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

GST - Penghinaan & Keceluparan Mulut MP BN Padang Besar

GST: Kalau tak mampu beli kek, buat sendiri - MP Barisan Nasional

Hanipa Maiden - MP PAS Sepang

KUALA LUMPUR: "(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," demikian sanggahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul  Abidin terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat, semalam.

Hanipa membangkitkan kesulitan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah apabila terpaksa membayar mahal untuk membeli kek apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam perbahasan mengenai cukai itu di Dewan Rakyat.

"Ini lagi satu hujah yang paling...  Apa punya hujah ini?

"Ini (jenis) hujah tidak setuju dengan lebuh raya, guna jalan raya. Inilah hujah BN," Hanipa terus menempelak.

Tidak berpuas hati dengan hujah wakil BN itu,  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut melemparkan kecaman.

"Ini yang dikatakan penghujahan yang regresif. Yang sekarang ini orang mampu beli kek dekat kedai, tetapi bila laksana GST, kata jangan beli dekat kedai, buat kek dekat rumah sahaja.

"Inilah  regresif. Harga minyak naik, naik basikal. Kalau tidak hendak bayar tol naik, pergi jalan kaki.

"Inilah pemikiran BN. Kalau macam ini, kerajaan hendak naikkan kadar enam peratus jadi 10 peratus, ingat dia orang akan bantah tidak?" kata Khalid.

Bila Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan mencelah dan menyifatkan kenyataan seperti "buatlah kek sendiri, buatlah air sendiri, tidak payah pergi makan dekat luar" adalah kenyataan yang menghina rakyat berpendapatan rendah, Hanipa berkata, golongan tersebut (BN) memang sudah terbiasa dengan hujah-hujah begitu.

"Sebenarnya, mereka sudah biasa cakap dekat kampung macam itu.

"Oleh sebab itu mereka ingat kita di sini pun macam dekat kampung... dia bukan kira, dalam Parlimen, luar Parlimen itu dia cakap.

"Dia sudah biasa bohong orang kampung, dia ingat dekat sini pun dia boleh bohong. Inilah masalahnya," kata Hanipa ketika berbahas di Dewan Rakyat semalam.

Ketika itu, dewan riuh dengan bantahan Ahli-Ahli Parlimen BN terhadap kenyataan itu.

Tidak peduli dengan bantahan itu, Hanipa terus mencabar hujah sedemikian diulang di dalam TV.

"Saya cabar kalau hujah yang sama ini kita buat dalam TV, gunakan hujah yang sama... Hujah depan ramai-ramai di dalam TV berani tidak?" katanya.

Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun pula menyifatkan mentaliti BN itu sama dengan mentaliti penindas-penindas rakyat menjelang Revolusi Perancis yang bermula pada abad ke-18 dahulu.

"Saya rasa ini ialah satu mentaliti dan juga falsafah hidup, falsafah politik sebelah sana.

"Apabila kita kata GST akan datangkan impak negatif terhadap golongan yang berpendapatan rendah, mereka kata "kalau dahulu beli kek sekarang  buat kek dekat rumah".

Beliau menyamakan mentaliti itu dengan mentaliti Marie Antoinette menjelang tercetusnya revolusi tersebut apabila bangsawan itu berkata, "if they cannot find bread, let  them go and eat cake".

Setelah dikritik bertalu-talu Zahidi bangun memberikan penjelasan: "Saya sebenarnya sebagai BN, saya menyokong kalau kek, kita galakkan rakyat membuat sendiri di rumah.

"Begitu juga makan, daripada makan di kedai mamak ataupun makan di kedai-kedai, saya sokong untuk buat makanan sendiri di rumah kerana ianya lebih halal, lebih bersih dari segi Islamnya lebih baik."

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Ahli Parlimen Batu, Tuan Chua.

"Ini yang mereka keliru. Dahulu SST, kita tidak mahu makan di hotel jangan bayar tax tetapi sekarang kalau hendak masak di rumah atau buat kek sendiri di rumah (pun) kena  bayar  GST, tidak ada escape.

"Hendak buat macam mana pun di rumahkah, di luarkah, terpaksa kita bayar GST yang membebankan. Ini yang kita maksudkan there is no escape kalau kita ada GST," katanya.

Dipetik Dari Laman Web PAS. Artikel olehABDUL AZIZ MUSTAFFA


Perlaksanaan GST - Idea dari Penyangak Matawang?

GST: Nasihat salah dari 'Qarun' luar negara

     

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan di negara ini dianggap sebagai nasihat yang salah daripada 'Qarun' luar negara.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya bimbang jika ia merupakan nasihat dari luar negara seperti Bank Dunia (IMF), penyangak-penyangak kewangan luar negara, termasuk penyangak kewangan dalam negara yang mahu menekan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang GST, di Dewan Rakyat, hari ini.

"Soalnya adakah hasil dari cukai seperti Petronas dan lain-lain diurus dengan betul? Adakah cukai dari mereka yang layak selama ini diurus dengan baik? Perkara ini perlu dilihat untuk mengimbangi hasil sedia ada?" soal beliau.

Sebelum itu, beliau turut memaklumkan kepada dewan bahawa mengikut petunjuk yang betul, kerajaan boleh memanfaatkan hasil tanpa mengenakan cukai atau mengurangkan cukai.

Tambah beliau, cukai menurut pandangan Islam boleh digunakan jika dalam keadaan darurat.

"Adakah negara kita sekarang dalam keadaan darurat sehingga memerlukan GST? Saya bimbang ia adalah nasihat daripada Qarun," tegas beliau yang menerima gangguan daripada wakil rakyat BN. Presiden PAS itu mengingatkan bahawa sering kali kerajaan membuat perbelanjaan tambahan yang bukan disebabkan tidak mencukupi.

Sebaliknya, perbekalan tambahan biasanya dibentangkan ekoran keborosan, pembaziran dan kebocoran dalam urusan menguruskan hasil negara.

Ketika ini, beberapa ahli parlimen BN bersorak dan bangun memohon penjelasan, bagaimanapun tidak diendahkan Ustaz Hadi.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya beberapa kali bangkit memohon penjelasan sehingga ditegur timbalan speaker dewan, Datul Ismail Mohamed Said agar menghormati pihak yang sedang berucap.

Selain Shabudin, turut mengganggu perbahasan beliau ialah Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali, dan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh.

Bagaimanapun, Ustaz Hadi kemudiannya memberikan laluan kepada Shabudin untuk memohon penjelasan serta bukti jelas yang menunjukkan kerajaan berbelanja boros dan membazir.

"Yang Berhormat kena baca laporan audit negara tiap-tiap tahun. Yang Berhormat kena ingat yang kami bukan Melayu mudah lupa.

"Tiada sebarang tindakan yang diambil dari hasil laporan tersebut. Yang kena pegawai-pegawai bawahan, ikan bilis. Yang atas-atas, menteri dilepaskan. Di mana integriti?" tegas beliau lagi menjawab pertanyaan Shabudin.

Tegas beliau lagi, jika tiada sebarang rasuah, pembaziran, tidak perlu pelaksanaan GST di negara ini.

Beliau turut mengingatkan kerajaan sejauh mana kerajaan merawat penyakit membazir, boros dan kebocoran terhadap projek-projek yang hanya sekadar untuk menunjukkan lagak dan hiburan semata-mata.

Justeru, beliau menyeru kerajaan sama ada mengkaji semula atau memansuhkan sahaja rang undang-undang ini.

Dipetik Dari Laman Web PAS. Artikel oleh ANIS NAZRI