Saturday, 19 April 2014

Kadar Faedah Pinjaman Kenderaan Naik Diam Diam?





Kadar Faedah Baru Kereta Nasional Antara 5.25% - 5.75%
Memang sudah sah tahun 2014 ini merupakan tahun barang naik. Semua naik secara mendadak pada awal tahun. Apa lagi yang perlu kita tanggung beban pada tahun 2014 ini. Diharap semua rakyat Malaysia dapat bersabar.
Betul ke kadar faedah pinjaman kereta sudah naik? Ya betul.
Senyap sahaja bukan berita pasal kenaikan kadar faedah pinjaman kereta ni. Tidak keluar pun khabar ini dalam berita semasa. TV dan akhbar senyap sunyi sahaja. Berita kenaikan kadar faedah pinjaman kereta ni macam sahaja ditutup supaya orang ramai tidak melatah.

Kami baru mendapat berita yang kadar faedah pinjaman kereta untuk kereta nasional seperti Proton dan Perodua sudah naik kepada 5.25% untuk pinjaman selama 5 tahun pada 18hb Mac 2014, Selasa lepas.
Kadar tersebut adalah 5.5% untuk pinjaman 6 tahun dan 5.75% untuk 7 tahun.
Bagi kereta bukan nasional pula, kadar faedah pinjaman 5 tahun adalah 4.8%, 6 tahun sebanyak 4.9% dan 7 tahun untuk 5%. Ini adalah untuk semua kereta lain seperti Toyota, Honda, Nissan, Mazda, KIA dan lain-lain.
Bagi kereta import recon pula kadar faedah pinjaman adalah 5% untuk 5 tahun, 5.1% untuk 6 tahun dan 5.2% untuk 7 tahun. Kereta yang terlibat biasanya kereta mewah seperti Mercedes, BMW, MPV sepeti Toyota Estima, Alphard dan Velfire.
Ini adalah salinan faks surat arahan tersebut.
Dipetik Dari FB Guruyaya OK

Mendiang Karpal Resah Kes Fitnah 2 - Anwar



SEBERANG JAYA 18 APR: Dengan rasa sebak dan sedih, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kehilangan beliau dan keluarga atas kematian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Dalam ceramah Anwar di Seberang Jaya malam tadi, beliau diberitahu oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur bahawa Karpal bimbang dengan konspirasi untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.
“Antara kata-kata terakhir Karpal yang disampaikan oleh isterinya semasa ditemui di kediaman mereka ialah Karpal susah hati kerana kes Fitnah II, kerajaan cuba untuk menambahkan lagi tempoh hukuman penjara Anwar.
“Karpal mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mencari jalan dan berfikir dengan tenang cara untuk menyelamatkan Anwar, ” ini antara kata-kata yang dinyatakan oleh Karpal kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan tersebut.
Oleh kerana itu, kata Anwar, Karpal sendiri sudah sedia maklum tindakan yang sedang dirancang oleh kerajaan Umno-BN bagi menyumbatkannya ke dalam penjara dalam tempoh yang lebih lama.
Anwar juga berkata usaha untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PR bukan satu perkara baru.
Jelasnya senarai nama pemimpin yang akan dipenjarakan oleh kerajaan Umno-BN sepertimana yang dinyatakan dalam Parlimen baru-baru ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Tian Chua, Syed Azman dari PAS dann juga Anthony Loke dari DAP.
Dalam pada itu kata Anwar, beliau merasakan Karpal seperti telah menjadi sebahagian dari keluarganya berikutan komitmennya menjadi peguambela sepanjang kes Fitnah II.
“Karpal adalah sebahagian dari keluarga saya dan juga Azizah.
“Kami amat merasai kehilangan beliau sebagai seorang pejuang yang sanggp menentang kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan khususnya dalam sistem perundangan negara,” kata Anwar.
Dipetik Dari keadilandaily.com
Screen Shot Yang Popular Di FB