Monday, 14 April 2014

Media Arus Perdana Mula Mempercayai MH370 Dirampas?






Setelah masuk hari ke-35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi.



   

 Operasi pula kini seolah-olah lebih menumpukan untuk mencari kotak hitam pesawat manakala pencarian badan kapalterbang yang jauh lebih besar daripada kotak hitam, tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dengan mencari mayat-mayat penumpang yang seramai 239 itu seperti tidak lagi menjadi penting.

     Belum pun kotak hitam ditemui, pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Peguam Negara kini sudah pun berada di United Kingdom untuk membincangkan mengenai hak keatas kotak hitam itu. Sekali lagi orangramai jadi keliru, bukankah jika membeli pesawat, ia termasuk kotak hitamnya sekali?

    Dan kenapa pula kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut hak ke atas kotak hitam itu?

     Apakah akan jadi nanti sekiranya hanya kotak hitam ditemui tetapi tiada langsung serpihan pesawat atau cebisan mayat penumpang yang ditemui? Tentulah ada yang bertanya, dari mana pula datangnya kotak hitam itu?

     Atau bagaimana pula jika ketiga-tiganya, kotak hitam, pesawat dan mayat langsung tidak ditemui sampai bila-bila?


    
 Meskipun semua orang mahukan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku, tetapi kepentingan waris mangsa tidak seharusnya dilupakan. Waris mangsa hanya mahukan pengesahan jika ada kematian, mestilah ada sekurang-kurangnya cebisan mayat yang ditemui atau jika terhempas, mestilah ada serpihan pesawatnya?

     Oleh itu, sementara kotak hitam dicari, tumpuan kepada pesawat dan nasib penumpangnya haruslah juga seimbang.

     Dalam masa yang sama, memasuki hari ke-35 ini juga, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dah milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu.

     Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan. Hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat.

     Terdapat pula media yang membuat spekulasi bahawa pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid ada menghubungi seseorang yang tidak dapat dikesan ketika pesawat itu terbang rendah di sekitar Pulau Pinang.

    Kedua-dua spekulasi ini cuba menghidupkan teori rampasan berbanding terhempas.

    Semua teori dan spekulasi ini datangnya daripada media arus perdana dan dimiliki oleh kerajaan. Ia nampak terang-terang cuba menolak kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut menjaga kepentingan tempat mereka bekerja yang sebelum ini mengatakan MH370 telah terhempas dan tiada penumpangnya yang selamat.

     Meskipun Hishammuddin menolak kedua-dua teori itu dan bekas Duta AS, John Mallott juga memperlekeh teori konspirasi CIA itu sebagai bukti kewartawanan yang menulis berdasarkan rekaan, paranoid dan perkauman, hakikatnya selepas lebih sebulan kehilangan pesawat itu menjadi misteri, akhbar milik kerajaan sendiri tidak percaya dengan kerajaan.

     Jika sebelum ini, Hishammuddin memberi amaran kepada media agar jangan membuat sebarang spekulasi dan salah lapor serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, kini media naungan kerajaan sendiri yang berbuat demikian. Bahkan keghairahan mereka ke arah itu melebihi media baru.

     Perlakuan mereka ini bukan saja memalukan kerajaan tetapi juga mencabar kewibawaan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini terang-terang yakin bahawa pesawat itu telah terhempas.

     Tetapi apabila media kerajaan sendiri kebelakangan ini lebih ghairah berspekulasi dan membuat bermacam-macam teori, jawapan Hishammuddin cukup mudah, "seperti media barat, mereka juga bebas melaporkan apa saja. Tetapi akhirnya, jika laporan itu tidak benar, mereka akan hilang kredebiliti".

     Senang dan santai saja jawapannya bila terkena batang hidung sendiri.

     Persoalannnya, mana janji saman dan ambil tindakan undang-undang yang begitu garang dilaungkan sebelum ini? Mana pula peranan Peguam Negara yang kononnya sudah mula mengumpul bukti mengenainya sejak hari pertama kehilangan MH370 lagi?


Dipetik dari shahbudindotcom.blogspot.com

CIA Rahsiakan Perihal MH370?



WASHINGTON – Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.
Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.
“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.
“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.
Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.
“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.
“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.

Seperti Nasib MH370, Tempoh Najib Juga Sudah Berakhir?

     



Persoalan di mana dan kemanakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini tentang maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggah di antara satu sama lain. Bervariasi.


    .
      Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkecumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac, sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Airlines System (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein.

     Turut juga berkadas dan fakta 'berbolak balik' ialah dari pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) yang diberikan oleh menterinya, Zahid Hamidi. Pihak TUDM juga menyorong tarik maklumat dicerapi dari radarnya tentang pesawat itu berpatah balik, kemudian dinafikan, kemudian diiyakan tanpa dititik nokhtahkan.

     Bermula dari pecanggahan itulah ia membawa kepada percanggahan demi percanggahan sampai  ke hari ini. Iya mungkin menjadi betul apabila di Mahsyar besok apabila mulut dan lidah tidak lagi menjadi saksi? Percanggahan fakta dalam kes sebesar ini menjatuhkan imej negara ini di muka dunia. Semua kehebatan yang kita rasa dan senandungkan selama ini, lenyap dalam sekelip mata. Kemudahan first class telah jadi 'longkang class'.
    

 Begitu juga mengenai ketahanan dan keselamatan negara. Gara-gara tidak ada sistemetik, penyelarasan konkrit ataupun sikap acuh tidak acuh dan juga ingin menunjuk-nunjukan akulah..., menjadikan semua maklumat dan kerahsiaan pertahanan negara terdedah dan sinar sama sekali. Hari ini mana-mana kuasa luar, sama ada kecil atau besar yang ingin menyerang negara ini, mereka boleh lakukan sambil pejam mata saja kerana semua pintu masuk sudah dibuka atau mengetahui di mana letaknya kunci dan ruang mana yang boleh diterobosi. Musuh bukan saja dapat menyuluh apa yang ada dalam kamar tidur kita, tetapi juga apa yang ada dalam kain sarung kita laki bini.

     Percanggahan paling besar, ini menyukarkan dan meletakan Perdana Menteri, Najib Razak dalam situasi genting dan seperti orang gila ialah berhubung pengumuman kononnya pesawat itu telah BERAKHIR di lautan Hindu. Terma atau istilah yang digunakan itu menimbulkan keraguan kerana ia disifatkan sebagai sudah tamat segala-galanya. Tamat segala-galanya bererti pesawat itu terhempas dan semua penumpang mati.

     Kesimpulan nasib pesawat MH370, B700-200  itu dibuat berdasarkan kesimpulan dengan penemuan objek dari data-data satelit Australia dan lain-lain. Yang menghairankan dan gila babinya, Najib sendiri tidak melihat apakah menatang objek berkenaan, apakah ia serpihan pesawat MH370 atau sirip ikan paus atau belakang jerung, tetapi beliau sudah membuat kenyataan menamatkan segala penantian orang ramai dengan menyebut pesawat BERAKHIR di lautan Hindi.

     Macam mana sesuatu yang belum pasti kita sudah memastikannya? Kubur tidak boleh disiapkan tanpa ada mayat dikafankan. Apakah Najib sudah tidak tahan dengan tekanan demi tekanan ke atasnya yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang mahu kepastian mengenai pesawat itu, maka beliau memberi jawaban berlapik ianya BERAKHIR dengan harapan tekanan mereda?

     Awal-awal lagi orang konfius dengan kenyataan dan hujah Najib. Untuk menampakkan kebenaran disebalik hipotesis itu, mengatakan pesawat itu berakhir beranologi terhempas, pihak media massa sudah diarah menyiarkan promo bacaan ayat-ayat Quran di televisyen dan ucapan takzirah dimedia cetak. Lebih gila dan tolol lagi, sudah ada institusi ulamak yang menganjurkan sembahyang ghaib? Bukankah tindakan belasungkawa itu menunjukkan persawat itu menjadi arwah bersama 239 penumpangnya?

     Semua tindakan dan keputusan (kenyataan) ini menunjukkan kebingungan semua orang termasuk perdana menteri yang dinasihati oleh orang yang juga bingung. Ia juga menyerlahkan seorang perdana menteri yang jahil dalam bidang agama, manakala yang cerdik pula tidak berani menyatakan kebenaran berdasarkan agama kerana bimbang elaun dan kemudahan kenderaan dan rumah hilang. Apakah jenis para penasihat agama seperti ini? Yang nyata mereka lebih busuk dari bangkai biawak dilanggar lori selama 24 hari.

     Apabila setelah lebih 10 hari, objek yang disangka serpihan pesawat MH 370 seperti dicerapi data satelit yang membolehkan Najib mengatakan pesawat itu BERAKHIR di lautan Hindu tidak ditemui, kini sepupunya Hishmuddin cuba membetulkan dan membela kenyataan Najib. Setelah Najib ditekan berhubung kenyataan itu Hishamuddin tampil menjadi 'Wak Yek', untuk membela Najib dengan mempertahankan kenyataan Najib, yang Najib tidak sebut terhempas atau semua mati, tetapi menyebut ia BERAKHIR di lautan Hindu.

     Memang Najib tidak sebut terhempas atau semua penumpang mati. Tetapi apakah maksud dan pengertian BERAKHIR terma yang digunakan Najib itu?

      Apakah perkataan BERAKHIR digunakan itu adalah perkataan kaum bangsawan seperti mereka berdua menunjukkan ia belum berakhir? Orang tidak faham bahasa bangsawan, kalau perkataan BERAKHIR  itu adalah bahasa digunakan Najib, Hihsmuddin dan kaum kerabatnya. Najib harus sedar yang mendengar pengumuman beliau bukan kaum bangsawan tetapi orang awam diseluruh dunia yang memaksudkan BERAKHIR itu sebagai tamat. Tamat bererti semua mati. Ini dikejapi lagi dengan ucapan takziah daripada orang ramai.

     Adalah elok kalau Najib sendiri tampil untuk kali keempat dalam tempoh 24 hari kehilangan pesawat itu   membetulkan terma yang digunakan atau perkataan BERAKHIR itu. Jelas dengan berani dan bertanggungjawab dan jangan sesekali bermain wayang di sebaliknya. Kebenaran itu tidak boleh ditusuk selindung di sebalik sepatah kata-kata. Jangan mengharukan pemikiran umum dengan kata-kata mecerminkan kita lemah dan pengecut.

      Sekiranya Najib tidak berani tampil membetulkan kepala orang yang semua bingung dan gila gara-gara ketidakselarasan dan ketelusan dalam memberi penjelasan, nescaya ramai orang akan jadi gila dan sasau apabila mengenang kehilangan pesawat berkenaan. Najib jangan jadi perdana menteri yang berdosa. Sekiranya beliau tidak berani maka dengan hormatnya lepaslah jawatan Perdana Menteri, sesungguhnya anda tidak layak. Tempoh untuk Najib sebenarnya sudah BERAKHIR.



Artikel Dipetik Dari msomelayu.blogspot.com

"Hairan Kenapa Orang Melayu Miskin Bertegas Mahu Bayar GST" - MP DAP



Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
 PETALING JAYA: Ahli parlimen DAP kawsaan Raub,  Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.
“Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.
“Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
“Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.
“Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?,” tanya beliau dalam blognya.


Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan  tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.


Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.

Katanya, golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.
“Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.
         “Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun,  bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di           bawah RM1, 000 sebulan,” tambah beliau.
          Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?
          Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah     penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu, kata Mohd Ariff Sabri.