
Pada 12hb Februari 2013, berlaku pencerobohan 'Tentera Sulu' di Lahad Datu di Sabah. Pada 1hb Mac 2013, berlaku pertempuran antara pihak keselamatan Malaysia dengan tentera Sulu yang dikatakan mahu memerdekakan Sabah. Malaysia berjaya menangani Tentera Sulu yang dikatakan berjumlah sekitar 180 orang. Walaubagaimanapun, beberapa anggota keselamatan Malaysia telah gugur sebagai WIRA NEGARA. (baca sini)
Pada 1hb APRIL 2013, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Tujuannya ialah untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan perairan di sekitar Sabah. Ianya meliputi kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer termasuk 486 buah pulau. Kerajaan juga telah memperuntukkan dana sebanyak RM300juta.
15hb NOVEMBER 2013, seorang pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya pula diculik di Pulau Pom Pom Semporna di Pantai Timur Sabah. Resort berkenaan terletak kira-kira satu kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA).(baca sini)
2hb APRIL 2014, dua orang wanita diculik. Seorang pelancong warga China dan seorang lagi pekerja resort warga Filipina. Kejadian berlaku di Singamata Reef Resort juga terletak di Pantai Timur Sabah berhampiran Semporna. Kedudukannya tidak berapa jauh dari Pulau Pom Pom.(clik kat sini)

Tiga insiden penculikan dalam tempoh enam bulan! Persoalan di sini adakah ESSCOM merupakan satu pembaziran? Bagaimana penculik berjaya meloloskan diri? Adakah mereka menggunakan bot yang lebih canggih dari pihak berkuasa Malaysia? Kenapa kehadiran mereka gagal dikesan? Benarkah keselamatan dan kedaulatan Pantai Timur Sabah terpelihara? Mungkinkah 'Tentera Sulu' juga akan menceroboh semula? Bagaimanakah perasaan kaum nelayan di Sabah apabila turun ke laut? Apakah perasaan pekerja di pusat-pusat pelancongan? Bagaimana pula perasaan pemimpin negara yang dipertanggungjawabkan mengenai ESSCOM? Adakah akan meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab di atas kegagalan ini atau akan terus menjadi pemimpin dengan menuding jari menghalakan kesalahan kepada orang lain?
-wollahuaklam-
cucitangga
![]() |
Tian Chua |
Ahli Palimen Batu, Tian Chua berkata, prestasi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan peruntukan lebih RM200 juta semakin dipertikaikan ekoran kejadian menggugat keselamatan kerap berulang.
“Sepatutnya ada peningkatan dari segi tindakan kesediaan untuk menghadapi ancaman keselamatan. Malangnya kita lihat tidak ada langkah-langkah kecemasan tambahan.
“Dikhuatiri jika perkara ini berulang dan boleh menjatuhkan keyakinan pelancong,” katanya dalam sidang media di sini.

Katanya, menteri dan agensi bertanggungjawab perlu menjawab perkara ini secara telus tanpa perlu memberikan alasan.
Dalam kejadian penculikan terbaru, Pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan warganegara China, Yang Zailin dilaporkan diculik di Silam, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi tadi.
Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu melarikan diri ke arah selatan Filipina.
Sebelum itu, pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.
Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan.
Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Singamata Reef Resort di Semporna.
Dipetik dari harakahdaily.net
