
Ternyata tiga perkara ini begitu 'menyibukkan' saya. Membawa dua cahaya mata berjalan di sekitar Lembah Klang bagi merehatkan minda kerana cuti sekolah. Kemudian berlangsungnya Piala Dunia 2014 yang menyiarkan perlawanan secara langsung antara jam 12 tengah malam, jam 4 pagi dan 6 pagi. Tahniah Jerman kerana menjuarai Piala Dunia buat kali yang ke 4. Jangkaan saya Brazil dan Jerman akan bertemu di final hampir berlaku. Walaubagaimanapun Brazil dan Jerman bertemu di separuh akhir yang menyaksikan Brazil dibelasah 7-1 dan kemudiannya menjadi bahan ejekan dan cemuhan di media sosial.

Jumaat 18 JULAI 2014, Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan serangan peluru berpandu Tentera Pemberontak pro Rusia di Ukrain ke atas pesawat MAS MH 17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke KLIA. Serangan ini membunuh 298 penumpang dan krew termasuk 48 orang rakyat Malaysia.
Ini hanyalah sebahagian kecil tragedi kemanusiaan khususnya yang menimpa umat Islam. Perjuangan Ikwanul Muslimin di Mesir nampaknya kurang diberikan perhatian. Umat Islam di seluruh dunia masih ternanti-nanti kehadiran Tentera Pembawa Panji Hitam
Adakah tentera Briged Al-Qassam yang sekarang ini berjuang membantu rakyat Palestin menentang Israel adalah Tentera Pembawa Panji Hitam?
-wollahuaklam-
cucitangga
