Tuesday, 13 May 2014

Krisis DUN Perak vs DUN Terengganu

Kalau dilihatkan perjalanan Kerajaaan PR di Perak yang berakhir setelah setahun ditubuhkan, kini Kerajaan BN Terengganu pula yang akan berakhir setelah setahun ditubuhkan. Kedudukan DUN Perak setelah selesai pilihanraya umum 2008 ialah Pakatan Rakyat 31 kerusi dan Barisan Nasional 28 kerusi. Setelah hampir setahun kerajaan PR diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memerintah, dua orang Adun dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang Adun dari DAP berpaling tadah. Mereka bertiga mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi calon bebas. Ketiga-tiga mereka kemudiannya menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tidak sampai seminggu setelah tiga Adun PR 'melompat' maka BN telah mengambil-alih kerajaan Perak dengan perlantikan Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Hari ini krisis DUN Terengganu pula yang menjadi perhatian. Ceritanya sama seperti DUN Perak. Kedudukan DUN Terengganu setelah selesai pilihanraya umum 2013 ialah Pakatan Rakyat 15 kerusi dan Barisan Nasional 17 kerusi. Setakat jam 10 pagi 13hb MEI 2014 pula, Pakatan Rakyat 15 kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi dan Bebas 3 kerusi. Semalam dan hari ini, tiga Adun dari Barisan Nasional mengumumkan keluar dari Barisan Nasional dan menjadi calon bebas. Mereka ialah Adun Kijal yang juga bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud.
Jika dilihat dari senario yang berlaku di Negeri Perak, maka Pakatan Rakyat secara automatik akan menubuhkan kerajaan di Terengganu. Akan tetapi, saya yakin yang DUN Terengganu akan dibubarkan oleh MB yang baru sehari dilantik iaitu Dato' Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali memberikan laluan percuma kepada PR untuk menubuhkan kerajaan. Mereka membutakan mata dan tidak akan mengambil contoh yang berlaku di DUN Perak. Kerana apa? Kerana mereka gila kuasa !
-wollahuaklam-
  cucitangga

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 :
17 Mac 2008:
- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.
  
5 Feb 2009: 
- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009: 

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:
- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009: 
- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:
- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan. 
Dipetik dari malaysiakini

Piala Dunia 2014 : Siapa Juara ?



Jika dilihat dari Rangking FIFA setakat  8hb MEI 2014, Sepanyol menduduki tempat pertama diikuti oleh German. Portugal di tempat ke tiga dan tuan rumah Brazil di tangga ke empat. Mengikut sejarah perlawanan akhir Piala Dunia, Brazil dan Jerman masing-masing pernah ke final sebanyak tujuh kali. Walaubagaimanapun, Brazil berjaya menjuarai Piala Dunia sebanyak lima kali iaitu pada edisi 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Jerman pula hanya berjaya menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1954, 1974 dan 1990.
Bermula 12hb JUN sehinggalah ke final pada 13hb JULAI tahun ini, peminat bolasepak di seluruh dunia pasti tertumpu ke Brazil. Peminat bolasepak di Malaysia juga pasti tidak ketinggalan. Cafe dan restoran mamak menjadi tumpuan. Perlawanan bermula sekitar pukul tiga pagi mengikut waktu Malaysia. Ramai yang akan lewat ke pejabat atau tidak cergas di tempat kerja kerana kekurangan tidur. Mereka yang tinggal berhampiran kedai-kedai makan '24' jam ini juga akan mengeluh kerana suasana yang hingar-bingar. Pada mereka yang menonton di rumah pula, akan menjerit kegembiraan jika pasukan 'favorite' menjaringkan gol. Seisi rumah dan jiran tetangga pasti terkejut. Kepada peminat fanatik bolasepak, tidak perlulah menonton di rumah. Kesian bayi, anak kecil dan isteri yang sedang tidur, terkejut mendengar jeritan anda. Sertailah mereka yang fanatik juga di cafe dan kedai makan '24' jam ini.
Messi dan Neymar rakan sepasukan di Barcelona
Messi dan Neymar 'musuh' ketika mewakili negara masing-masing
Saya jangkakan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 ialah di antara tujuh kali 'finalist' iaitu Brazil dan Jerman. Jika ini menjadi kenyataan mereka adalah pasukan yang berjaya ke final buat kali yang ke lapan. Perkara yang menjadi buah mulut sekarang ini termasuk di media sukan di seluruh dunia ialah negara mana yang akan  muncul juara edisi 2014 ini? Adakah juara bertahan Sepanyol? Atau tuan rumah Brazil? Atau Jerman? Atau Argentina? Apa pun yang pastinya Malaysia tiada dalam senarai!
-wollahuaklam-
  cucitangga

 Ranking FIFA setakat 8 MEI 2014
RnkTeamPts+/- Pos
1 Spain14600Equal
2 Germany13400Equal
3 Portugal12450Equal
4 Brazil12102Up
5 Colombia1186-1Down
6 Uruguay1181-1Down
7 Argentina1178-1Down
8 Switzerland11610Equal
9 Italy11150Equal
10 Greece10820Equal
11 England10430Equal
12 Belgium10390Equal
Di bawah adalah jadual lengkap Kejohanan Piala Dunia Brazil 2014

Negara yang  menjuarai Piala Dunia 1930 - 2010 (dipetik dari wikipedia)

1930 Uruguay[sunting | sunting sumber]

30 Julai 1930Uruguay Flag of Uruguay.svg4 - 2Flag of Argentina.svg ArgentinaCentenarioMontevideo
Juara Piala Dunia 1930:
Uruguay
URUGUAY
Juara Pertama

1934 Itali[sunting | sunting sumber]

10 Jun 1934Itali Flag of Italy.svg2 - 1Flag of Czechoslovakia.svg Republik CzechNazionale PFRom
Juara Piala Dunia 1934:
Itali
ITALI
Juara Pertama

1938 Perancis[sunting | sunting sumber]

19 Jun 1938Itali Flag of Italy.svg4 - 2Flag of Hungary.svg HungaryOlmpiqueColombes/Paris

Juara Piala Dunia 1938:
Itali
ITALI
Juara kedua

1950 Brazil[sunting | sunting sumber]

16 Julai 1950Brazil Flag of Brazil.svg1 - 2Flag of Uruguay.svg UruguayMaracanaRio de Janeiro

Juara Piala Dunia 1950:
Uruguay
URUGUAY
Juara kedua

1954 Switzerland[sunting | sunting sumber]

4 Julai 1954Jerman Flag of Germany.svg3 - 2Flag of Hungary.svg HungaryWankdorfBern

Juara Piala Dunia 1954:
Jerman
JERMAN
Juara Pertama

1958 Sweden[sunting | sunting sumber]

29 Jun 1958Brazil Flag of Brazil.svg5 - 2Flag of Sweden.svg SwedenRasundaSolna

Juara Piala Dunia 1958:
Brazil
BRAZIL
Juara Pertama

1962 Chile[sunting | sunting sumber]

17 Jun 1962Brazil Flag of Brazil.svg3 - 1Flag of Czechoslovakia.svg Republick CzechNacionalSantiago

Juara Piala Dunia 1962:
Brazil
BRAZIL
Juara kedua

1966 England[sunting | sunting sumber]

30 Julai 1966England Flag of England.svg4 - 2Flag of Germany.svg JermanStadium WembleyLondon

Juara Piala Dunia 1966:
England
ENGLAND
Juara Pertama

1970 Mexico[sunting | sunting sumber]

21 Jun 1970Brazil Flag of Brazil.svg4 - 1Flag of Italy.svg ItaliAztecaMexico City
Juara Piala Dunia 1970:
Brazil
BRAZIL
Juara ketiga

1974 Jerman[sunting | sunting sumber]

7 Julai 1974Belanda Flag of the Netherlands.svg1 - 2Flag of Germany.svg JermanOlympiastadionMunich
Juara Piala Dunia 1974:
Jerman
JERMAN
Juara kedua

1978 Argentina[sunting | sunting sumber]

25 Jun 1978Argentina Flag of Argentina.svg3 - 1Flag of the Netherlands.svg BelandaEl MonumentalBuenos Aires

Juara Piala Dunia 1978:
Argentina
ARGENTINA
Juara pertama

1982 Sepanyol[sunting | sunting sumber]

11 Julai 1982Itali Flag of Italy.svg3 - 1Flag of Germany.svg JermanSantiago BarnabeuMadrid

Juara Piala Dunia 1982:
Itali
ITALI
Juara ketiga

1986 Mexico[sunting | sunting sumber]

29 Jun 1986Argentina Flag of Argentina.svg3 - 2Flag of Germany.svg JermanAztecaMexico City

Juara Piala Dunia 1986:
Argentina
ARGENTINA
Juara kedua

1990 Itali[sunting | sunting sumber]

8 Julai 1990Jerman Flag of Germany.svg1 - 0Flag of Argentina.svg ArgentinaOlimpicoRom

Juara Piala Dunia 1990:
Flag of Germany.svg
JERMAN
Juara ketiga

1994 Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

17 Julai 1994Brazil Flag of Brazil.svg3 - 2Flag of Italy.svg ItaliRose BowlLos Angeles

Juara Piala Dunia 1994:
Brazil
BRAZILJuara keempat

1998 Perancis[sunting | sunting sumber]

12 Julai 1998Brazil Flag of Brazil.svg0 - 3Flag of France.svg PerancisStade De FranceSaint-Denis

Juara Piala Dunia 1998:
Flag of France.svg
PERANCIS
Juara pertama

2002 Korea-Jepun[sunting | sunting sumber]

30 Jun 2002Jerman Flag of Germany.svg0 - 2Flag of Brazil.svg BrazilInternational Stadium YokohamaYokohama

Juara Piala Dunia 2002:
Brazil
BRAZIL
Juara kelima

2006 Jerman[sunting | sunting sumber]

9 Julai 2006Itali Flag of Italy.svg5 - 3Flag of France.svg PerancisOlympistadionBerlin

Juara Piala Dunia 2006:
Itali
ITALI
Juara keempat

2010 Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

11 Jun 2010Sepanyol Flag of Spain.svg1 - 0Flag of the Netherlands.svg BelandaJohannesburg

Juara Piala Dunia 2010:
Flag of Spain.svg
SEPANYOL
Juara pertama