
Saya pernah jelaskan pada 9hb MEI 2014 mengenai Isu Perkauman Menjelang Dua PRK. Nampaknya apa yang saya bayangkan memang menjadi kenyataan. Hari ini Gerakan dan MCA mahukan penjelasan dari Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kenyataan beliau yang mengatakan 'Cina Tidak Bersyukur'. Isu perkauman memang telah saya jangkakan akan dipergunakan oleh Barisan Nasional khususnya UMNO bagi menonjolkan parti itu adalah pembela bangsa Melayu dan Islam. Cara ini adalah untuk menarik perhatian orang melayu di kampung-kampung di Teluk Intan supaya mengundi BN.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi tidak sepatutnya memainkan isu perkauman demi memastikan BN menang dalam PRK Teluk Intan. Beliau sepatutnya menjelaskan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa seperti GST, misteri MH370, kegagalan ESSCOM, skandal pinjaman Bank Rakyat yang didedahkan semalam, isu DNA khinzir dalam coklat CADBURY ataupun hutang luar negara yang membimbangkan rakyat. Kenapa beliau memilih untuk memainkan isu perkauman? Adakah beliau mahu rakyat melupakan masalah dalam negara? Adakah kerana beliau menteri yang menguasai Polis Di Raja Malaysia jadi beliau tidak perlu bimbang jika disiasat oleh pihak polis?
-wollahuaklam-

