Friday, 9 May 2014

Isu Perkauman Menjelang Dua PRK



Api perkauman mula bertiup dan bermain di media massa di Malaysia. Ada isu yang lebih besar yang sepatutnya ditonjolkan oleh media di negara ini. Bukannya memperbesarkan kenyataan Presiden ISMA yang mengatakan kaum Cina adalah kaum pendatang dan membuli orang Melayu. Juga kenyataan S Vell Paari dari MIC yang mengatakan Presiden ISMA 'berpenyakit kelamin serta badut'. Ada juga yang menyentuh isu DAP membuat laporan polis ke atas Presiden ISMA. 
Tak ketinggalan juga isu hudud yang dipertikaikan oleh bukan Islam. Sepatutnya orang bukan Islam tak perlu komen apa-apa mengenai hudud. Ini kerana mereka tak faham dan tak mendapat penerangan yang tepat mengenai hudud.  Terkini pula ialah isu borang ! DAP dan BN bertelagah mengenainya. PERKASA juga turut disentuh. DAP mahu ruangan kaum dihapuskan pada borang rasmi yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan.
Isu seperti misteri MH370, hutang luar negara, GST, TPPA, pinjaman PTPTN, kenaikan kos sara hidup, rasuah, kegagalan ESSCOM, keadilan undang-undang mahupun persempadanan semula kawasan pilihanraya oleh SPR nampaknya mulai pudar. Kini isu perkauman mula diperbesarkan. Adakah isu ini dimainkan supaya  kemarahan rakyat terhadap kerajaan beralih kepada DAP? Atau isu ini digunakan untuk menutup kegagalan BN menunaikan manifesto dalam pilihanraya umum setahun yang lalu? Ataupun ini satu strategi BN untuk memenangi serta memecah-belahkan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya kecil  Parlimen di Bukit Gelugor dan Teluk Intan?
-wollahuaklam-
   cucitanga


No comments:

Post a Comment