
Peristiwa Lubuk Merbau 18 JANUARI 1985: Berlaku apabila seorang petugas jentera pilihan raya PAS terbunuh dan beberapa orang lagi cedera parah. Penyokong PAS percaya petugas terbabit diserang oleh penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihanraya Kecil Padang Terap 1985.
Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Presiden PAS Ustaz Fadhil Nor, pihak UMNO turut berceramah di situ iaitu Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri). Kempen ceramah UMNO itu diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau. Dalam kesibukan kempen piliharaya tersebut, petugas jentera PAS telah diberitahu bahawa dua angota jentara PAS telah dipukul semasa memasang poster dan bendera parti. Satu kumpulan telah datang untuk membantu mangsa tersebut. Kumpulan tersebut mendapati dua petugas bergelimpangan di dalam longkang.
Kumpulan petugas tersebut telah membawa mangsa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak di atas kepalanya. Walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Ekoran dari kejadian tersebut Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun.Selepas peristiwa tersebut Suhaimi Said telah menulis sebuah buku
Buku tersebut bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa Bergambar Felda Lubuk Merbau'. Belum sempat diedarkan secara meluas kerajaan bertindak mengharamkan buku tersebut dan penulisnya Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.
Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
- Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
- Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
- Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
- Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
- Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
- Othman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.
Ahli parlimen Jerai, Ismail Arshad menjelaskan bahawa pada tahun 1985 hanya terdapat 3000 pengundi di Lubuk Merbau dan hanya 4 keluarga sahaja yang menyokong parti PAS. Jentera petugas PAS dalam bilangan yang ramai datang dari seluruh negara untuk membantu jentera PAS. PAS mengarahkan satu kumpulan terdiri seramai 200 orang Pemuda PAS utk menjaga keselamatan petugas jentera kempen piliharaya dan pemimpin PAS menyatakan jika petugas terkorban dalam menjalankan tugas menjaga keslamatan petugas ianya akan di istilahkan "Jihad" dan diingatkan bahawa darah mereka jika tumpah adalah mati syahid. Ustaz Othman Talib yang merupakan AJK PAS Pusat yang meninggal dunia itu tinggal di Bukit Raya dalam daerah Kota Setar. Tragedi berlaku di kawasan Lubuk Merbau dalam kawasan Padang Terap. DYMM Yang Di Pertuan Agong telah bertitah berkaitan tragedi tersebut agar rakyat semua bersederhana, tidak keterlaluan dan tidak melampau.

Datuk Nik Aziz Nik Mat telah meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan kenapa pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh samseng di Lubuk Merbau Padang Terap Kedah pada 18 Januari 1985. Ini kerana sehari sebelumnya laporan polis (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polis. Kenapa pihak polis tidak mencegah kejadian itu daripada berlaku soalnya.
Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan beberapa orang cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986.
Pemimpin DAP Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah AUKU. - sumber asal dari wikipedia