Allahhuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
Akhirnya umat Islam di Malaysia menemui jalan penyelesaian terhadap perlaksanaan
Hukuman Hudud. Kesediaan Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Muslim Malaysia (PAKAR) membantu kerajaan negeri atau kerajaan pusat dalam perlaksanaan Hudud ini amatlah dihargai.
Semalam Persatuan Perubatan Malaysia (MAA) melalui Presidennya Dr NKS Tharmaselan berkata memotong anggota badan seseorang, walaupun penjenayah, bertentangan dengan amalan dan etika perubatan. Ini tidaklah memeranjatkan kerana beliau bukannya orang Islam. Sudah tentu beliau menentang dan tak akan memberikan kerjasama. Beliau juga berkata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak memperakui sebat terhadap penjenayah walaupun
hakikatnya di Malaysia hukuman rotan dikenakan. Tak tahu pulak saya hukuman sebat danrotan ini berbeza.
Presiden MAA |
Doktor tolak keras pakar bedah bantu hudud
Apa yang pasti Presiden PAKAR, Prof Mohd Hasmizi Yunus telah menasihatkan rakanrakan dari pertubuhan bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Terima Kasih PAKAR tapi saya masih tertunggu-tunggu pendapat dari wakil-wakil UMNO berhubung kenyataan Prof Mohd Hasmizi Yunus ini.
-wollahuaklam-
cucitangga
Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.
"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.
"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.
Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.
Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.
"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.
Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4.
Dipetik dari harakahdaily.net
Bukankah Tan Sri Annuar Musa sudah tahu kerajaan pusat akan menghalang Hudud? Ikhlas atau wayang? |