Orang bukan Islam tak salah menolak hudud kerana mereka tak faham mengenai Islam. Kenapa mereka tak faham? Di Malaysia, Hukum Hudud telah digembar-gemburkan sebagai ganas dan tak berperikemanusiaan oleh pemimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu pemimpin UMNO sendiri.
Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai Al-Quran. Antara Rukun Iman ialah
'Percaya Kepada Al-Quran'. Hukum Hudud adalah hukuman kepada penjenayah contohnya
seperti pencuri, pelacur, pembunuh dan penzina. Hukuman seperti potong tangan, rotan dan
rejam telah diperintahkan oleh Allah dikenakan ke atas penjenayah yang melakukan kesalahan
dan memerlukan beberapa orang saksi yang boleh dipercayai sebelum hukuman
dijalankan.
Semuanya telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dan termaktub di dalam Al Quran.
Menentang perlaksanaan Hukum Hudud samalah seperti kita tidak mempercayai Al-Quran dan
tidak lengkaplah Iman seseorang Islam itu kerana tidak percaya kepada Al Quran. Pemimpin
UMNO lebih suka menyokong undang-undang jenayah ciptaan penjajah (British). Kenapa?
Jika kita tidak melakukan kesalahan, kita tak perlu takut tangan kita dipotong, direjam atau
dipancung. Untuk makluman hukuman sula tiada dalam Undang-Undang Islam. Ianya dipercayai
dilakukan oleh Raja atau Pemerintah pada zaman dahulu.
Cara perlaksanaan Hukum Hudud ini ada caranya. Sebagai contah, seorang pencuri
yang mencuri dalam kadar RM500.00 ke bawah (mengikut pasaran harga emas-hudud di Brunei menetapkan nilaian emas sebanyak 4.25gram) tak perlu dipotong tangannya. Jika seseorang itu mencuri kerana kelaparan hukumannya adalah ringan dan
mungkin tidak dihukum jika mangsa memaafkan kesalahannya. Jika hukuman potong tangan dijalankan, hanya pergelangan tangan kanan sahaja dipotong untuk kesalahan pertama. Jika melakukannya buat kali ke dua, pergelangan tangan kiri akan dipotong.Jika kesalahan ketiga? Mana mungkin tanpa pergelangan ke dua-dua tangan orang akan mencuri. Akan tetapi jika ada juga maka terserahlah kepada pakar perundangan Islam.
Penjenayah juga boleh terlepas dari hukuman jika mangsa jenayah atau keluarga mangsa
memaafkan kesalahan penjenayah. Mangsa jenayah atau keluarga mangsa juga berhak menuntut
sejumlah ganti rugi ke atas penjenayah sebagai syarat untuk memaafkan mereka.
Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB semua umat Islam termasuk pemimpin negara untuk
memberi penjelasan dan pemahaman kepada orang bukan Islam mengenai Hukum Hudud dan
bukannya menakut-nakutkan mereka.
-Wollahhuaklam-
cucitangga
"Secara peribadi saya tak menyokong hudud'-Datuk Nur Jazlan |
KUALA LUMPUR: Sehari selepas Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksaan hudud di Kelantan, hari Gerakan selaku sekutu Umno pula bertindak serupa.
Sekumpulan Pemuda Gerakan hari ini menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersma 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Yusafiza Yaakob yang menerimanya di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.
"Dengan ini kami memberi notis kepada PAS kami akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menegakkan perlembagaan persekutuan negara kita sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan," notis itu.
Selain penyerahan itu, mereka juga dibenarkan menggunakan ruang sidang tingkat bawah bangunan itu bagi menyatakan pandangan mereka berhubung undang-undang Islam itu.
Semalam, Datuk Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksanaan hudud.

“Jika tidak, nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.
Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Jamil Khir Bharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.- harakahdaily.net

