Thursday, 8 May 2014

Setahun Selepas PRU 13

KUALA LUMPURN 7 MEI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setahun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) BN menyebabkan ekonomi rakyat lebih parah.
Menurutnya, dengan pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penarikan balik subsidi, salah urus ekonomi, kronisme, rasuah berleluasa, peningkatan kadar jenayah dan pencabulan hak asasi merupakan tekanan berterusan kepada rakyat.
“Bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga pimpinan Pakatan yang mana contoh utamanya ialah kes Anwar Ibrahim.
“Kita mestilah sensitif di dalam berurusan dengan masyarakat Malaysia yang majmuk dan kompleks,” katanya kepada Keadilandaily.
Senator Dr Syed Husin Ali di Dewan negara sebelum ini mendedahkan, 78.6 peratus dari pada penduduk negara ini berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan majoritinya terdiri dari orang Melayu dan bumiputera.
Manakala hutang isi rumah di Malaysia berjumlah RM754.6 bilion, iaitu 80.5 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan tertinggi di kalangan negara Asia.
Justeru kata Nik, Pakatan Rakyat wajar memberi penekanan terutamanya berhubung isu ekonomi, kerana kenaikan kos kehidupan yang dihadapi semakin membebankan.
“Perjuangan menuntut perubahan di Malaysia mestilah diteruskan bahawa kekuatan Pakatan muncul apabila KEADILAN, PAS dan DAP menumpukan untuk bekerjasama antara satu sama lain dan berada di jalur tengah politik,” ujarnya.
Dipetik dari keadilandaily.com



*STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI (PRU 13)
NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPJUMLAH
 CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB 
PERLIS
33       3
KEDAH
1510 1 4   15
KELANTAN
145 9     14
TERENGGANU
84 4     8
PULAU PINANG
133   3 7 13
PERAK
2412 2 3 7 24
PAHANG
1410 1 2 1 14
SELANGOR
225 4 9 4 22
W.P. KUALA LUMPUR
112   4 5 11
W.P. PUTRAJAYA
11       1
NEGERI SEMBILAN
85   1 2 8
MELAKA
64   1 1 6
JOHOR
2621   1 4 26
W.P. LABUAN
11       1
SABAH
2522   1 2 25
SARAWAK
3125   1 5 31
JUMLAH222133 21 30 38 222
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding

*sumber dari Suruhanjaya Pilihanraya







No comments:

Post a Comment