Saturday, 10 May 2014

AUKU Untuk 'Bekukan' Mahasiswa

Saya dah jangkakan ini akan berlaku. Hari ini, empat orang mahasiswa Universiti Malaya yang mengadakan protes sewaktu Barack Obama berucap di UM telah diberikan surat tunjuk sebab. Mereka memprotes TPPA dan menyokong perjuangan Mohammad Morsi di Mesir. Sampai bila AUKU akan 'mengikat' pelajar? Sampai bila AUKU akan 'membisukan' pelajar? Sampai bila AUKU akan 'memekakkan' pelajar? Adakah kerajaan mahu melahirkan mahasiswa yang menjadi pak turut iaitu menyokong kerajaan secara membuta tuli?  Bilakah AUKU akan dimansuhkan?

-wollahuaklam-
  cucitangga

Empat pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab kerana mengadakan protes sewaktu lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke kampus tersebut.

Keempat-empat pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol, timbalan setiausaha Leong Yu Sheng dan anggota majlis itu Anis Nabihah Alias.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP) UM semalam melalui emel kepada mereka.

Pelajar itu mengadakan protes ringkas mengenai Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan sokongan kepada rakyat Mesir semasa presiden itu datang ke universiti itu pada 27 April lalu di mana beliau bertemu peserta Young Southeast Asian Leadership Initiative.

"Kami menerima surat yang mendakwa kami melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis 'No TPPA' dan logo pasal kes di Mesir," kata Leong ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurutnya lagi, Leong berkata mereka diberi masa selama tujuh hari daripada tarikh surat itu untuk menjawab surat daripada pihak HEP.
"Kegagalan atau keengganan saudara untuk mengemukakan surat tunjuk sebab tersebut dalam masa yang ditetapkan akan mengakibatkan saudara dikenakan tindakan tatatertib," surat itu dipetik.

Sementara itu, dalam sidang medianya petang ini, Fahmi berkata pihaknya bercadang untuk mengemukakan saman selepas mendapat nasihat daripada peguam berhubung isu surat itu.

"Kami berempat tidak akan beragak-agak untuk mengemukakan saman setelah perolehi nasihat dari pihak peguam kami terhadap pihak pentadbiran Universiti Malaya.

"Kewujudan HEP sudah tidak relevan. HEP ialah satu badan yang ditubuhkan untuk mengurus kegiatan pelajar yang menindas kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan kebebasan berpersatuan," katanya
Dipetik dari malaysiakini














No comments:

Post a Comment