![]() |
Dr Mohammd Morsi diiringi oleh tentera sejurus selepas ditahan pada tahun lalu |
683 orang + 529 orang = 1,212 orang ! Itulah jumlah pengikut dan penyokong Ikhwanul Muslimin di Mesir yang dijatuhkan hukuman mati pada 29 APRIL 2014. Walaubagaimanapun dari pendakwaan yang pertama yang berjumlah 529 orang, sejumlah 492 orang dipenjara seumur hidup. 37 orang sahaja yang dijatuhkan hukuman mati. Jadi 683 orang + 37 orang = 720 orang !
Inilah nasib yang menimpa pejuang demokrasi di Mesir. Mereka membantah rampasan kuasa tentera yang dipercayai didalangi oleh Amerika Syarikat. Dr Mohammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah apabila memenangi pilihanraya Presiden Mesir pada bulan Jun 2012 dengan memenangi undi sebanyak 52% mengalahkan lawannya yang dikatakan sekutu kuat bekas Presiden Hosni Mubarak iaitu Ahmed Syafiq yang memperolehi 48% undi.
Kenapa Dr Mohammad Morsi digulingkan? Saya terbaca info berikut di blog Laksamana Bukit Bintang yang bertajuk 'Dosa Dosa' Dr Muhammad Morsi Ketika Memerintah Mesir .
Namun begitu artikel sebegini banyak di siarkan di beberapa blog. Saya tak dapat memastikan siapakah penulis asal artikel ini.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, percaya kepada sistem demokrasi dan menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia, saya masih ternanti-nanti kenyataan Wisma Putra mengenai hukuman ini. Parlimen Eropah sudah bersuara tetapi Parlimen Malaysia masih membisu.
-wollahuaklam-
cucitangga

Mahkamah sama juga mengesahkan hukuman mati kepada 37 daripada 529 yang dijatuhkan hukuman serupa pada 24 Mac lalu, manakala bakinya dipenjara seumur hidup.
Hukuman mati kepada 37 orang pengikut Ikhwan itu dibuat atas tuduhan melakukan tindakan keganasan menyerang balai polis di Minya Ogos lalu.
Bagaimanapun sumber perundangan berkata, hukuman itu masih boleh dirayu.
Mahkamah menetapkan 21 Jun depan untuk mengeluarkan fatwa terhadap 683 defendan.
Pihak berkuasa tentera yang disokong Kerajaan Mesir telah melancarkan penangkapan besar-besaran ke atas pemimpin dan pengikut Ikhwanul Muslimin sejak penggulingan Presiden yang sah Dr Mohammad Morsi oleh tentera pada Julai tahun lalu.

Dalam tempoh lapan bulan, beribu-ribu ahli kumpulan Ikhwan Muslimin dan penyokong telah ditangkap.
Dalam pada itu, Parlimen Kesatuan Eropah dan negara-negara anggota telah mengecam hukuman mati beramai-ramai di Mesir serta mengkritik kekurangan perbicaraan yang adil.
Presiden Parlimen Eropah Martin Schulz berkata hukuman mati itu adalah " tidak boleh diterima " bagi orang Eropah .
"Saya berfikir bahawa ini bukanlah satu sumbangan yang membina untuk membawa keamanan kepada negara".
"Perlu ada perbicaraan yang adil untuk tertuduh," katanya.

Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier pula berkata hukuman mati adalah "penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang" dan bakal "menjatuhkan kerajaan sedia ada".
MEP Jerman Alexander Lambsdorff berkata: "Saya percaya bahawa ini adalah keputusan yang memalukan".
Sementara itu, Bangsa-Bangsa Bersatu Setiausaha Agung, Ban Ki Moon berkata keputusan itu akan memberi kesan ke atas kestabilan di Mesir.
"Aturan-aturan yang jelas kelihatan tidak memenuhi piawaian asas perbicaraan yang adil, terutamanya mereka yang menjatuhkan hukuman mati, mungkin melemahkan prospek kestabilan jangka panjang ," kata Ban.
Dipetik dari harakahdaily.net

No comments:
Post a Comment