Friday, 25 April 2014

Haramkan Arak Di Malaysia


    

  Telah terbukti minuman keras aka arak hanya membawa bencana dan kehancuran.
 Kemalangan jalan raya, zina, pergaduhan, pembunuhan dan yang lebih membimbangkan pihak
yang mengambil kesempatan kepada pemabuk samada mencuri, merogol atau mengambil video rakaman dalam keadaan seksi atau ghairah kemudian diuploadkan di internet.
     





Sewajarnya arak diharamkan di negara kita supaya gejala negatif atau gejala sosial yang
banyak melanda golongan remaja mahupun pelajar sekolah di Malaysia dapat dibendung. Arak 
secara jelas diharamkan di dalam Islam. Ini termaktub di dalam Al-Quran Surah Al-Maaidah Ayat
90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ”

      Adakah orang Islam termasuk pemimpin negara yang beragama Islam mempercayai Al Quran?
Jika jawapannya "ya", mengapa arak masih berleluasa di Malaysia?


Malaysiakini melaporkan 'rampasan' kapal terbang Virgin Australia yang dalam
perjalanan ke Bali di Indonesia. Rupa-rupanya insiden ini berlaku apabila 'perampas' berada dalam keadaan mabuk.


http://www.malaysiakini.com/news/261041


     Sewajarnya kita menyokong kenyataan Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia dan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) supaya arak diharamkan dalam penerbangan. Sebagai Umat Islam pula, kita perlu mendesak Kerajaan
Malaysia supaya mengharamkan arak secara keseluruhannya.
     
Apa pula pendapat Biro Agama UMNO dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan?

-Wollahhuaklam-
    cucitangga

KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu.

Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.

"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan.


"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.

"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.

Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja.

Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.

"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.

"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu.-harakahdaily.net


No comments:

Post a Comment