
Kedatangan Presiden USA Barack Obama ke Malaysia bermula dari 26 April dan berakhir hari ini 28 April, nampaknya begitu mengujakan media arus perdana. Cerita yang 'sedap' didengar dan 'indah' dapat dilihat di media dan tv mengenai Obama ketika melawat Malaysia.




Sesuai dengan adat melayu, sifat menghormati tetamu juga masih menebal di kalangan pemimpin negara. Menghormati tetamu tidak kira siapa walaupun tetamu itu adalah 'pembunuh' umat Islam di serata dunia ! Teguran Imam Besar Masjid Negara kepada Obama supaya menghentikan penindasan terhadap umat Islam di seluruh dunia, amatlah membanggakan pejuang Islam di Malaysia seluruhnya dan di dunia amnya. Jika nak mengharapkan pemimpin kerajaan menegur Obama, mungkin tak jadi calonlah dalam pilihanraya umum yang akan datang !
Adakah Datuk Seri Najib dan Obama ada membincangkan mengenai TPPA? Jika ada mungkinkah Obama menjanjikan sesuatu yang 'manis' mengenai TPPA? Adakah Datuk Seri Najib pula hanya menganggukkan kepala tanda setuju?
-wollahuaklam-
cucitangga
KUALA LUMPUR: Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen terkenal itu di sini.
Beliau berkata Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.
Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan bersejarah dengan Obama, iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.

"Saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui seorang lagi Presiden Amerika Syarikat dalam hidup saya selepas hampir 50 tahun," kata beliau.
Ismail juga kagum dengan kebolehan Obama untuk memahami bahasa Malaysia apabila beliau kadang-kadang bertutur dalam bahasa itu dengan Presiden Amerika Syarikat.
Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab "Insya-Allah" dan "Terima Kasih," katanya.

Lawatan Obama ke Masjid Negara merupakan aturcara pertama pada hari kedua lawatannya ke Malaysia dan lawatan ke masjid berkenaan menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini yang majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.
Obama, yang tiba kelmarin untuk lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam, Rashad Hussain.
Selepas lawatan Obama, Ismail mengadakan pertemuan singkat dengan Rashad yang menyentuh tentang perbankan Islam, program pembangunan usahawan Muslim dan hab halal.
Ismail berkata Rashad melahirkan rasa kagum Amerika Syarikat terhadap sistem perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. - Bernama



No comments:
Post a Comment