Saturday, 3 May 2014

Mana Perginya MH370 ?



8hb MAC 2014, sebuah pesawat milik MAS, Boieng 777 yang kemudiannya dkenali sebagai MH370, dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing tiba-tiba hilang dari radar. Pesawat yang membawa 239 orang termasuk anak kapal sehingga sekarang tidak dijumpai. Tiada satu serpihan pun yang dapat disahkan milik pesawat malang ini.
Di peringkat awal operasi mencari dan menyelamat (SAR) bertumpu di Laut China Selatan. Beberapa hari kemudian ianya diperluaskan ke kawasan yang dikenali sebagai Koridor Utara dan Koridor Selatan. (nak tau apa itu Koridor Utara@Selatan baca kat sini ).
Pada 24hb Mac 2014 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Ini berdasarkan laporan dari Inmarsat. (Nak tahu lebih lanjut klik sini). Akhirnya satelit Australia dikatakan berjaya mengesan objek dan pelbagai serpihan yang dipecayai milik MH370. Maka SAR pun tertumpulah di selatan benua Australia. Jaraknya kira-kira 2,000 km dari pantai barat daya Pearth di Australia. Sudah lebih sebulan SAR di lakukan di kawasan tersebut namun tetap sia-sia.
Beberapa hari yang lalu, syarikat GeoResonance pula mendakwa mengesan serpihan MH370 di Teluk Benggala. Semalam ia dinafikan oleh Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston ketika mengadakan sidang media bersama Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di ibu negara.
Kementerian Pengangkutan sehari sebelumnya telah mengedarkan rakaman komunikasi pesawat malang ini. Rakaman bermula dari jam 1:38 pagi hingga 6:14am ( Nak tengok? Klik sini ). Apa yang menarik ialah di perenggan ke 21. Ada seseorang di Pusat Kawalan Udara di Singapura pada jam 5:20 pagi berpendapat "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".

-wollahuaklam-
   cucitangga


KUALA LUMPUR: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.

Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.


"Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit.

"Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.

Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya.


"Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama. Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya.

Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.
Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu.    
"Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.
"Kami menghntar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya. 
Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu.
"Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama


No comments:

Post a Comment