Datuk Mah Siew Keong (BN) : 20,157 undi
Dyana Sofya Mohd Daud (DAP) : 19,919 undi
Undi Rosak : 550 undi
Jumlah Undi Keseluruhan : 40,626 undi
Majoriti Dimenangi BN : 238 undi
Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad jumlah keseluruhan pengundi ialah 40,236 orang. Bagaimana undi keseluruhan boleh menjadi 40,626 undi. Kenapa wujudnya lebihan undi sebanyak 390 undi ? Anda faham ke ? Kalau tak faham cuba tengok di bawah ini:
Pegawai SPR kata jumlah pengundi ialah 40,236 orang
Jumlah Undi Keseluruhan ialah 40,626.orang
Perbezaan undi keseluruhan dengan
jumlah pengundi ialah sebanyak 390 ???
Kenapa dan dari mana datangnya 390 undi ini?
-wollahuaklam-
cucitangga
Teluk Intan: Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, sebentar tadi.
Pada PRK Teluk Intan ini, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada PRU13 tahun lepas.
PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014
No comments:
Post a Comment