Tarikh 8hb Mac 2014, jam 12:41 pagi, pesawat Boeing 777-200 MH 370 hilang sehingga kini. Sudah dua tahun. Satu jangkamasa yang sangat lama bagi mengesan sebuah pesawat yang besar.
Pesawat milik negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) berusia 11 tahun 10 bulam adalah pesawat yang ke 404 yang dibina oleh syarikat boeing.. Membawa 227 penumpang beserta 12 anak kapal ketika itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing di China.
Pelbagai usaha dilakukan namun gagal menemui sisa-sisa pesawat. Pelbagai teori muncul dan teori yang paling 'hot' ketika itu ialah pesawat malang tersebut disembunyikan di Pengkalan Tentera Amerika Syarikat di Kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi. Teori ini kemudiannya dinafikan oleh White House.
Apapun sama-samalah kita berdoa, jika sekiranya 239 nyawa yang berada di dalam pesawat malang itu berakhir, maka rahmatilah dan kasihanilah mereka. Juga keluarga mereka. Semoga Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa memberikan kita semua petunjuk apa yang sebenarnya berlaku. AMIN.
No comments:
Post a Comment