Sunday, 24 August 2014

Sejarah Penubuhan Briged Al Qassam

Sheikh Izzuddin
Al Qassam


Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.
Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.
Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.
Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebih dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.

Objektif penubuhan al Qassam
Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.
Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :
Pejuang yang merindui syahid
1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.
Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.
Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.
Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih
Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.
Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassal menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.
Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.
Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :
“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin – zainurrashid.com

Artikel ini bertarikh 20 NOVEMBER 2012 dan dipetik dari duniamuslim.my

Sunday, 20 July 2014

Briged Al Qasam Pembawa Panji Hitam?

Assalamualaikum Warohmatullohhiwabarokatuh..Dah lebih sebulan saya tidak menulis di blog Cuci Tangga ini. Kali terakhir ialah pada 15 JUN 2014 mengenai MH370 : Misteri 100 Hari yang saya petik dari dari harakahdaily. Kenapa? Bermula dengan cuti persekolahan pada pada pertengahan JUN disambung dengan Piala Dunia 2014 dan berterusan pula dengan kehadiran Bulan Romadan.


 Ternyata tiga perkara ini begitu 'menyibukkan' saya. Membawa dua cahaya mata berjalan di sekitar Lembah Klang bagi merehatkan minda kerana cuti sekolah. Kemudian berlangsungnya Piala Dunia 2014 yang menyiarkan perlawanan secara langsung antara jam 12 tengah malam, jam 4 pagi dan 6 pagi. Tahniah Jerman kerana menjuarai Piala Dunia buat kali yang ke 4. Jangkaan saya Brazil dan Jerman akan bertemu di final hampir berlaku. Walaubagaimanapun Brazil dan Jerman bertemu di separuh akhir yang menyaksikan Brazil dibelasah 7-1 dan kemudiannya menjadi bahan ejekan dan cemuhan di media sosial.

    29 JUN 2014 umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan Romadan. Beberapa hari kemudian umat Islam dikejutkan dengan serangan ganas kerajaan haram Israel ke atas Semenanjung Gaza. Serangan masih berterusan hingga ke hari ini.

 
Jumaat 18 JULAI 2014, Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan serangan peluru berpandu Tentera Pemberontak pro Rusia di Ukrain ke atas pesawat MAS MH 17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke KLIA. Serangan ini membunuh 298 penumpang dan krew termasuk 48 orang rakyat Malaysia.

   Ini hanyalah sebahagian kecil tragedi kemanusiaan khususnya yang menimpa umat Islam. Perjuangan Ikwanul Muslimin di Mesir nampaknya kurang diberikan perhatian. Umat Islam di seluruh dunia masih ternanti-nanti kehadiran Tentera Pembawa Panji Hitam
Adakah tentera Briged Al-Qassam yang sekarang ini berjuang membantu rakyat Palestin menentang Israel adalah Tentera Pembawa Panji Hitam?


-wollahuaklam-
    cucitangga


Sunday, 15 June 2014

MH370 : Misteri 100 Hari

SHAH ALAM: Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing.

Sejak 100 hari pada hari ini, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai berhubung lokasi paling tepat pesawat itu mengakhiri penerbangannya.

Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan dan model ke-404 yang bina oleh syarikat Boeing.

Kehilangan itu juga menjadi tajuk berita utama dunia untuk beberapa minggu dengan laporan dan analisis khas mereka dalam memberikan petunjuk kehilangan dianggap antara paling misteri dalam sejarah penerbangan moden.

Pencarian itu melibatkan empat lautan yang bermula di Laut China Selatan meliputi Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka, Lautan Andaman dan akhirnya ke Selatan Lautan Hindi.

Pelbagai teori dan spekulasi berlegar di laman maya nasib MH370 sejak hari kehilangannya dengan pertamanya mendakwa pesawat itu mendarat di Nanming, China selepas beberapa jam pesawat MH370 disahkan hilang.

Pencarian mencari dan menyelamat MH370 digerakkan lebih 20 buah negara melibatkan pelbagai aset udara, darat dan laut serta penggunaan satelit pengimejan berkuasa tinggi milik kuasa besar dunia namun tidak membuahkan hasil positif.

Antara teori MH370 yang popular adalah pesawat itu ‘disorok’ oleh Amerika Syarikat di pangkalan Tenteranya di Kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi kerana pesawat itu membawa aset ketenteraan bernilai tinggi.

Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.

Namun teori disanggah oleh White House yang mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam insiden itu.

Terdapat beberapa petunjuk salah, termasuk tumpahan minyak ditemui di Laut China Selatan dan serpihan. Bagaimanapun semakan kemudian mendapati ianya bukanlah minyak atau serpihan daripada pesawat MH370.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kejadian 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria.


Kejadian itu mirip kehilangan MH370 apabila hilang daripada radar di menara kawalan apabila transponder pesawat itu didakwa dimatikan.

Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.

Sebelum ini, seorang pelayar laut warga Britain mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar berdekatan Thailand pada pagi pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Menurut laporan media Australia News Corp Australia Network, Katherine Tee memberitahu kerajaan Australia, semasa belayar di Lautan Hindi pada Mac lalu, beliau melihat kepulan asap hitam naik ke langit, dipercayainya berpunca daripada pesawat MH370 yang hilang itu.

Beliau ketika itu belayar dari Kochi, India menuju ke Phuket, Thailand bersama suaminya, Marc Horn melihat objek seakan pesawat besar terbakar di tengah laut.

Katanya ketika itu beliau melihat satu objek seolah-olah pesawat panjang mengeluarkan cahaya jingga terang, dengan kepulan asap hitam keluar di belakangnya.

Katherine memberitahu akhbar Thailand, Phuket Gazette, semasa malam kejadian antara 7 hingga 8 Mac beliau sedang berjaga di atas kapal layar miliknya yang bersaiz 40 kaki.

Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa lemah dalam pengurusan krisis kehilangan pesawat itu apabila kenyataan tidak konsisten sejak minggu pertama khususnya melibatkan radar awam dan tentera.

Persoalan timbul sikap TUDM yang tidak menghantar pesawat pemintas apabila MH370 hilang dari radar awam di Laut China Selatan dan berada di ruang udara empat negeri Semenanjung Malaysia tanpa sebarang tindakan.


Mantan Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud, berkata adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Menurut beliau antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Pimpinan kerajaan juga dikecam kerana tidak mengambil pendirian sama seperti tragedi Feri karam di Korea Selatan yang memaksa Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyatnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata banyak persoalan misteri kehilangan pesawat itu belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu.

Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Dalam satu tinjauan firma penyelidikan bebas, Merdeka Center menunjukkan 50 peratus daripada 513 responden menyatakan rasa tidak puas hati, manakala hanya 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

MH370 dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam yang dibantu Fariq Ab Hamid, 27, yang berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.

“Kita semua meletakkan harapan tinggi supaya pesawat ini akan dijumpai, ditambah dengan keberkatan bulan Ramadan yang bakal tiba, kita banyakkan doa agar pesawat tersebut dapat dijumpai dalam masa terdekat.

“Angka 100 hari merupakan satu jangka masa yang agak lama, tetapi berapa lama pun tempoh yang diambil, masyarakat Malaysia seharusnya tidak melupakan tragedi ini dan turut sama berdoa,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Dipetik dari harakahdaily


Sunday, 1 June 2014

Undi Misteri PRK Teluk Intan

Ada satu misteri yang menyelubungi Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan. Saya pasti tak ramai yang perasan misteri ini. Keputusan PRK Teluk Intan berpihak kepada Barisan Nasional dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi. Cuba lihat keputusan PRK Teluk Intan di bawah:

Datuk Mah Siew Keong (BN)       : 20,157 undi

Dyana Sofya Mohd Daud (DAP) : 19,919 undi

Undi Rosak                                      : 550 undi 

Jumlah Undi Keseluruhan           : 40,626 undi

Majoriti Dimenangi BN                  : 238 undi

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya,  Datuk Ibrahim Ahmad jumlah keseluruhan pengundi ialah 40,236 orang. Bagaimana undi keseluruhan boleh menjadi 40,626 undi. Kenapa wujudnya lebihan undi sebanyak 390 undi ? Anda faham ke ? Kalau tak faham cuba tengok di bawah ini:

Pegawai SPR kata jumlah pengundi ialah  40,236 orang

Jumlah Undi Keseluruhan ialah                  40,626.orang

Perbezaan undi keseluruhan dengan
jumlah pengundi ialah sebanyak                    390 ???

Kenapa dan dari mana datangnya 390 undi ini?

-wollahuaklam-
   cucitangga


Teluk Intan: Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157

HARAKAHDAILY | .

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, sebentar tadi.
Pada PRK Teluk Intan ini, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada PRU13 tahun lepas.
PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014


Friday, 30 May 2014

Kenali Isyarat 'Dashboard' Kereta

Asyik fikir hal politik dan ekonomi, sesekali kita fikirkan hal yang penting juga iaitu isyarat yang ditunjukkan melalui lampu di dashboard kereta. Saya pun bukannya pandai bab mekanik tetapi kalau setakat nak tukar minyak hitam, tukar bateri, tukar tayar atau tukar mentol lampu insyaalah tak ada masalah. Tidak terfikirkah para menteri untuk membuka Bengkel Kereta 1Malaysia?


-wollahuaklam-

   cucitangga



lampu indikasi - arenakereta 8

Makna lampu amaran/indikasi di dashboard/ instrument panel anda

Banyak lampu ada pada kereta anda, tetapi sesetengah lampu apabila menyala, mungkin mendatangkan perasaan seram sejuk. Mengapa ia menyala, dan apa maksudnya? Mari kita lihat satu persatu.

Lampu Indikator “Check Engine” menyala.

lampu indikasi - arenakereta 7
Setiap kereta baru sekarang datang dengan OBD -II – (On Board Diagnostics 2). Ini adalah satu permasalahan sistem pendaftaran yang disambungkan kepada sensor seluruh kereta , enjin, bahan api dan sistem pelepasan. Apabila lampu “cek enjin” menyala , ia boleh disebabkan oleh  banyak perkara. Terdapat lebih kurang 4,000 kod unik yang OBD2  boleh disimpan. Alat diagnostik (Handheld) OBD2 boleh dipasang ke port OBD2 yang biasanya berada di bawah dashboard di sebelah pemandu. Alat ini boleh membaca kod kesalahan dan / atau menetapkan semula sistem (reset) supaya permasalahan tadi dibuang daripada sistem. Kod dibahagikan kepada dua kategori – tidak aktif, dan aktif. Kod tidak aktif (historical) adalah senarai perkara-perkara yang telah dikesan pada masa lalu tetapi tidak lagi menjadi isu, manakala Kod aktif adalah perkara-perkara yang menjadi masalah pada masa tersebut. Kod dibahagikan kepada B -kod (badan) , C- kod ( casis ) dan senarai yang terbesar sekali – P- kod ( powertrain ).
P0440 kod OBD –II merupakan kod yang paling biasa anda akan temui dan ia adalah perkara pertama yang anda perlu periksa . P0440 adalah kod untuk Sistem Kawalan Penyejatan Pelepasan. Sesuatu yang anda boleh periksa ialah penutup minyak anda ( petrol cap) . Kebanyakan kereta baru mempunyai sistem bahan api bertekanan dan pemulihan wap gelung. Jika anda telah mengisi petrol dan tidak memutar penutup minyak sehingga satu bunyi klik kedengaran, anda dikira masih belum melengkapkan (seal) sistem bahan api bagi sistem OBD2. Ia tidak akan memberi tekanan dan sistem OBD2 akan log kod P0440 di dalam sistemnya.. Dalam kereta Honda , sebagai contoh , jika kod P0440 adalah dilog oleh sistem, indikasi ” CHECK GAS CAP ” akan dipaparkan pada odometer . Jadi, jika anda mendapati lampu indikasi “Check Engine” menyala, periksa dahulu penutup minyak (pertrol/gas cap) dan lihat jika lampu padam.
Sekiranya masih menyala walaupun selepas menutup penutup minyak dengan betul, anda mungkin terpaksa mencari seseorang yang mempunyai alat diagnostik OBD2 .

Indikator “Service Engine / Maint Reqd / Service” menyala .

lampu indikasi - arenakereta 1
Bergantung kepada jenema kereta, ada sesetengahnya tertulis Service Engine, Maint Reqd dan sesetengah pula hanya tertulis Service. Ia merupakan satu petunjuk bahawa anda semakin dekat dengan selang penyelenggaraan yang dijadualkan. Pada sesetengah kereta ia semudah mengira kilometer sebelum tiba masanya , manakala pada sesetengah kereta ia memetakan suhu enjin , suhu minyak, suhu udara dan petunjuk lain untuk memberitahu anda sudah tiba masanya untuk menukar minyak baru atau servis. Dalam kebanyakan kereta ini boleh diatasi atau menetapkan semula (reset) oleh pemilik sendiri.
Biasanya lampu indikator ini akan menyala apabila anda menghidupkan kereta anda. Jika ia kekal pada selama 10 saat kemudian padam , ia mungkin bermaksud anda masih mempunyai lebih kurang 500 kilometer lagi sebelum servis seterusnya. Jika ia berkelip selama 10 saat , ia mungkin bermakna anda telah melebihi tempoh servis yang disyorkan.

Indikasi kerosakan elektrik

lampu indikasi - arenakereta 2
Tidak semestinya ini tanda bateri anda “kong” ya. Lampu amaran ini adalah berbeza dalam setiap kereta tetapi biasanya ia kelihatan seperti gambar bateri. Biasanya anda akan melihat ia menyala dan terpadam apabila anda menghidupkan enjin. Tetapi jika lampu indikasi ini menyala dan kekal menyala, ia bermakna sistem pengecasan elektrik anda tidak lagi berfungsi dengan betul. Fikirkan ia seperti bateri telefon bimbit. Jika telefon bimbit yang dipasang ke pengecas, anda boleh menggunakannya selama-lamanya, tetapi apabila anda mencabutnya dari pengecas , terdapat jumlah masa yang terhad sebelum bateri anda habis. Samalah bagi kereta anda, cuma ianya bersaiz lebih besar. Setiap kereta mempunyai alternator – pengecas – dan bateri 12V yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sistem elektrik kereta. Jika alternator rosak atau tali pinggang pemandu tidak dipasang , maka ia tidak akan dapat menjalankan tugasnya. Semakin lama anda memandu , lebih banyak kereta anda akan menggunakan baki kuasa bateri dan akhirnya enjin akan mati. Apa lagi, periksa bateri dan altenatorlah.

Lampu indikasi Brek amaran 1

lampu indikasi - arenakereta 3
Kebanyakan kereta pada masa kini mempunyai lampu amaran brek di dashboard. Tujuannya adalah untuk memberi amaran kepada anda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem brek kereta anda. Jika ia menyala , semak manual kereta untuk mengetahui maknanya. Brek lampu amaran tidak mempunyai makna yang standard, ia boleh dinyalakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, cahaya yang sama boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa brek tangan ditarik. Jika ia berlaku, anda mungkin boleh lagi memandu, tetapi anda patut sedar bau terbakar brek seketika selepas itu. Lampu indikasi ini juga boleh menunjukkan bahawa cecair di dalam silinder induk di paras rendah. Setiap pengeluar kereta mempunyai kegunaan yang berbeza dan standard untuk lampu ini. Baguslah, bukan?

Lampu Indikasi Brek amaran 2

lampu indikasi - arenakereta 4
Jika anda mempunyai sebuah kereta yang dilengkapi ABS, anda mempunyai indikasi brek kedua – iaitu lampu indikasi ABS. Jika ia menyala, pastikan ianya diperiksa secepat mungkin. Ini bermakna komputer ABS telah mengesahkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam sistem. Ia boleh menjadi sesuatu yang murah dan mudah seperti kotoran di salah satu sensor, atau sesuatu yang mahal kerana memerlukan keseluruhan unit ABS diganti.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa lampu indikasi ABS ini biasanya menyala apabila anda menghidupkan kereta dan kemudian akan terpadam beberapa saat kemudian. Jika ia berkelip, berkilau atau dalam apa-apa cara lain yang menarik perhatian anda kepada dirinya, maka silalah ambil perhatian.Berbanding dengan penyalaan lampu indikasi yang stabil, lampu indikasi  ABS yang berkelip biasanya menunjukkan sesuatu yang lebih serius. Dalam sesetengah kes ia boleh menjadi begitu buruk kerana “anda tidak mempunyai brek, langsung!”

Lampu Indikasi Penyejuk (Coolant)

lampu indikasi - arenakereta 5
Jika lampu ini menyala bermakna tahap penyejuk dalam radiator anda berada diparas rendah dan perlu ditambah. JANGAN BUKA CAP RADIATOR APABILA ENJIN  MASIH PANAS! Sistem penyejuk bertekanan dan ia boleh melepaskan tekanan dan semburan penyejuk mendidih kearah anda jika dibuka semasa enjin masih panas. Top-up sistem penyejuk ini sama ada dengan penyejuk pra-campuran yang dibeli dari kedai, atau dengan air suling. Jangan menggunakan air paip, kerana deposit garam galian dalamnya akan mendidih dalam sistem penyejukan dan kalsium akan mendak di sekitar bahagian dalam radiator yang menjadikannya kurang cekap (yang akhirnya akan menyebabkan ia gagal berfungsi). Adalah terbaik untuk menggunakan penyejuk pra-campuran. Campuran penyejuk bertindak sebagai bahan antibeku di musim sejuk serta kakisan perencat untuk menghentikan enjin berkarat dari luar dalam. Di Malaysia, kita tidak perlulah fikir sejauh itu, nasib baik..

Lampu Indikasi Amaran minyak

lampu indikasi - arenakereta 6
Biasanya cahaya ini akan datang jika tekanan minyak kereta anda terlalu rendah. Tekanan minyak rendah adalah serius dan jika anda terus memandu dengan lampu ini menyala, akhirnya enjin anda akan mati jua akhirnya. Tekanan minyak rendah boleh disebabkan oleh pam minyak yang rosak, penapis minyak tersumbat, atau tahap minyak yang rendah – sebagai contoh jika enjin anda membakar minyak. Walau apa pun, anda perlu periksanya dengan pantas. Tekanan minyak rendah adalah suatu penyakit kronik kepada sesebuah kereta, sama seperti manusia. Teringat kolestrol? Haih..
Semoga mendapat manfaat daripada nukilan ini, jumpa lagi di nukilan info yang lain.
By  on November 14, 2013

Dipetik dari arenakereta.com

Tuesday, 27 May 2014

Isu Perkauman Makan Diri Zahid



Saya pernah jelaskan pada 9hb MEI 2014 mengenai Isu Perkauman Menjelang Dua PRK. Nampaknya apa yang saya bayangkan memang menjadi kenyataan. Hari ini Gerakan dan MCA mahukan penjelasan dari Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kenyataan beliau yang mengatakan 'Cina Tidak Bersyukur'. Isu perkauman memang telah saya jangkakan akan dipergunakan oleh Barisan Nasional khususnya UMNO bagi menonjolkan parti itu adalah pembela bangsa Melayu dan Islam. Cara ini adalah untuk menarik perhatian orang melayu di kampung-kampung di Teluk Intan supaya mengundi BN.

Bukan sahaja Gerakan dan MCA yang dilihat kurang berpuas hati dengan Zahid Hamidi tetapi juga MIC yang memberi amaran BN akan kalah jika terus menghina kaum lain. Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Zahid Hamidi memohon maaf kepada kaum cina kerana mengatakan cina yang mengundi pembangkang sebagai tidak bersyukur. 

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi tidak sepatutnya memainkan isu perkauman demi memastikan BN menang dalam PRK Teluk Intan. Beliau sepatutnya menjelaskan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa seperti GST, misteri MH370, kegagalan ESSCOM, skandal pinjaman Bank Rakyat yang didedahkan semalam, isu DNA khinzir dalam coklat CADBURY ataupun hutang luar negara yang membimbangkan rakyat. Kenapa beliau memilih untuk memainkan isu perkauman? Adakah beliau mahu rakyat melupakan masalah dalam negara? Adakah kerana beliau menteri yang menguasai Polis Di Raja Malaysia jadi beliau tidak perlu bimbang jika disiasat oleh pihak polis?

-wollahuaklam-
   cucitangga


Monday, 26 May 2014

Bank Rakyat Jadi Bank Kroni


Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".
Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.
Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".
"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.
Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014."Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.
Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.
The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.
Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.
Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.
"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.
Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.
Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 26 Mei, 2014.
Dipetik dari themalaysianinsider

Sunday, 25 May 2014

Halalkah Jika Ada Logo HALAL ?


Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) yang menegaskan dua jenis coklat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan mengandungi DNA babi @ khinzir. Pihak Cadbury di laman webnya mengumumkan akan mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk yang terlibat dari pasaran.Cadbury juga bertegas bahawa produk mereka yang dikeluarkan di Malaysia adalah halal menerusi Sijil HALAL keluaran JAKIM.

Persoalan di sini, dari manakah datangnya dua produk CADBURY yang disahkan mengandungi DNA khinzir? Kenapa dua produk tersebut mempunyai tanda HALAL? Apakah ada jaminan dari JAKIM bahawa kes seperti ini tidak berulang ataupun tidak akan melibatkan syarikat makanan lain yang mempunyai Logo HALAL JAKIM?  Kenapa pihak JAKIM hanya bertindak setelah pihak lain tampil membuat penyelidikan? Kenapa JAKIM tak buat atau lambat atau lalai di dalam membuat penyelidikan? Bukankah penggantungan Sijil HALAL pihak CADBURY oleh JAKIM sudah terlambat? Berapa ramaikah umat Islam di Malaysia yang telah memakan dua produk coklat ini?

-wollahuaklam-
   cucitangga


KENYATAAN CADBURY 


Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.


Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.


KENYATAAN JAKIM




Saturday, 24 May 2014

Pendedahan Pembohongan Kertas Putih Memali

Tragedi Memali berlaku pada 19 NOVEMBER 1985. Rakyat pada waktu itu cuma mendapat maklumat daripada RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) dan melalui akhbar pro BN antaranya seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Utusan Melayu (tulisan jawi) dan The News Straits Times (Inggeris). TV3 waktu itu baru berusia setahun jagong dan hanya boleh ditonton di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Semua maklumat yang disalurkan kepada rakyat telah diubahsuai mengikut skrip pemerintah. Laporan yang baik semuanya berpihak kepada Kerajaan BN manakala yang buruk semuanya berpihak kepada pembangkang.


Sekarang rakyat Malaysia tidak dapat diperbodohkan lagi oleh Kerajaan BN. Media di alam maya@cyber akan menyiarkan sesuatu cerita dengan pantas dan tepat. Hasil pembacaan di internet melalui media seperti harakahdaily, keadilandaily, malaysiakini mahupun themalaysianinsider dapat memberikan maklmat yang tepat dan seimbang. Kini Tragedi Memali diceritakan semula oleh mangsa-mangsa yang melalui sendiri sejarah hitam ini. Pada pengunjung blog Cuci Tangga , jika anda tidak tahu apa itu peristiwa berdarah Memali, sila baca disini Kronologi Tragedi Memali  yang saya terbitkan pada 21hb APRIL 2014.


-wollahuaklam-

   cucitangga



Memali: Saksi hidup sanggah pembohongan kertas putih

NAZRI ABDULLAH | .

BALING: Saksi-saksi hidup dalam peristiwa berdarah Memali 1985 mendakwa, kebanyakan fakta yang dimuatkan dalam kertas putih yang dibentang di parlimen berkait peristiwa itu adalah tidak benar.

Sanggahan itu dibuat melalui satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' di Kampung Memali petang tadi.

Forum itu diadakan sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali anjuran PAS Pusat yang berlangsung hari ini.

Sembilan saksi ditampilkan dalam forum ini iaitu Bekas Senator Datuk Mohammad Yusof Husin, Azmi Salim, Zaman Mahmud, Zakaria Abdul Rahman, Ramli Che Mit, Osman Salleh, Radziah Rozali, Aisyah Ahmad dan Tuan Guru Abdul Wahab Hassan.

Kesemua mereka adalah antara mangsa yang ditahan selepas berlakunya peristiwa hitam itu, serta balu-balu kepada mereka yang terkorban dalam insiden itu.



Mohammad Yusof, yang merupakan orang kanan kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, berkata fakta dalam kertas putih sengaja dibuat bagi menjustifikasikan tindakan pihak berkuasa yang telah menyebabkan 14 orang terkorban dalam insiden itu.

"Seramai 161 saksi diminta membuat kenyataan menggambarkan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang pengganas, mengajar ajaran sesat dan ingin menjatuhkan kerajaan secara revolusi bersenjata," katanya yang namanya disebut sebanyak 16 kali dalam kertas putih.

Beliau yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Ucop, turut dituduh sebagai ketua mujahidin, dan timbalan ketua gerakan revolusi dalam kertas putih itu.

Menurut Pak Ucop, punca sebenar peristiwa Memali berlaku adalah kerana ketegasan Ustaz Ibrahim Libya yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai akta zalim dan bercanggah dengan perinsip keadilan Islam.


"Dia pernah kata, dia tak redha ditanggkap di bawah ISA. Dia sanggup serah jasad tanpa nyawa," katanya lagi.

Mengulas dakwaan dalam kertas putih, kononnya rumah Ustaz Ibrahim Libya menjadi tempat menyimpan senjata untuk tujuan revolusi, beberapa saksi lain turut menyanggah.

Radziah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa pihak polis bertindak mengumpul parang dari seluruh rumah di kampung itu selepas kejadian itu berlaku, dan bukan parang yang terdapat di rumah Ustaz Ibrahim.

Dakwaan bahawa terdapat lebih 100 orang di rumah Ustaz Ibrahim ketika hari kejadian dengan bersenjata parang juga turut disanggah.

"Orang kampung, bila dengar lembu kena langgar, penuh orang keluar tengok.

"Ini pula orang nak ambik tok guru kita, tentu la kita datang nak tengok, bagaimana mereka nak ambik.

"Mereka ini ada kerja menebas, jadi mereka datang dari tempat kerja sambil pegang parang" katanya.

Pak Ucop kemudiannya menjelaskan, ketika kejadian tak lebih dari 40 orang berada di kawasan rumah Ustaz Ibrahim dan bukan seperti dilaporkan di dalam kertas putih itu.



Dalam kertas putih tersebut, Ustaz Ibrahim Libya juga didakwa memakai azimat dan mengamalkan ajaran khurafat kononya bagi tujuan ilmu kebal dan pelindung diri.

"Kalau pakai azimat, tak mati la. Tapi semua yang kena tembak itu mati.

"Maknanya tuduhan itu tak betul," kata salah seorang dari mereka.

Forum yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali petang tadi itu turut dihadiri lebih 1000 hadirin.

Malam ini pula akan berlangsung ceramah perdana oleh pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dipetik dari harakahdaily